PENGENALAN KOR SUKSIS | SUKARELAWAN POLIS SISWA SISWI
» MENGENAI KAMI » PENGENALAN KOR SUKSIS

PENGENALAN KOR SUKSIS

Penubuhan Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (KOR SUKSIS) di Universiti Awam (UA) diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi pada 4 Februari 1999. Penubuhan Kor SUKSIS adalah dibawah peruntukan undang-undang Akta Polis 1967. Penubuhan Kor SUKSIS bertujuan memberi pendidikan intensif kepada golongan pelajar di Universiti Awam tentang latihan-latihan kepolisan yang boleh membentuk sahsiah diri dalam aspek kepimpinan mengikut acuan Polis Diraja Malaysia. Latihan tersebut diharap dapat membentuk pelajar yang mempunyai sahsiah cemerlang mengupayakan mereka menjadi pemimpin berkaliber serta berpengetahuan dalam bidang kepolisan.

 

OBJEKTIF PENUBUHAN KOR SUKSIS IALAH: 

  • Melahirkan pegawai sukarelawan Polis yang berpengetahuan dalam undang-undang berkaitan serta mempunyai dan mengamalkan disiplin kepolisan.
  • Berperanan dengan cekap dan berkesan sebagai Pegawai Sukarelawan Polis ke arah mewujudkan kesedaran sivik bagi menjalinkan hubungan baik antara polis dan masyarakat.
  • Mempunyai ketahuan fizikal dan mental serta personaliti bersesuaian dengan peranan sebagai seorang Pegawai Sukarelawan Polis.

 

Pelancaran rasmi penubuhan Kor SUKSIS di seluruh UA telah dibuat oleh Tan Sri Mohd. Bakri Haji Omar, Ketua Polis Negara di Dataran Kawad UiTM Shah Alam pada 24 Jun 2006. Melalui pelaksanaan Kor SUKSIS ini, UA mempunyai mekanisme sesuai yang boleh menanamkan nilai-nilai murni dan semangat cintakan bangsa dan negara di kalangan warga pelajar bagi membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang mempunyai sahsiah dan pemikiran kelas pertama.

 

Kemaskini:: 18/08/2024 [anaszulkarnain]

PERKONGSIAN MEDIA

W, (01:00:50am-01:05:50am, 27 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]